RSS

Enjoyed and suit yourself.
Happy cooking.
Thank you.. ^_^

Biskut Love Heart


Bahan-bahannya :

170 gm tepung serbaguna (diayak)
30 gm serbuk koko (diayak)
1 sudu teh baking powder (diayak)
50 gm butter
3/4 sudu teh esen vanilla
90 gm gula halus
1/2 biji telur saiz besar (Gred A)
aiskrim vanilla secukupnya

Cara Membuatnya :

- pukul mentega bersama gula, diikuti esen vanila.
- masukkan telur dan pukul lagi sehingga benar2 sebati.
- masukkan tepung sedikit demi sedikit, kaup balikkan agar sebati.
Lepas tu, ambil dan balut dengan clingfilm. Letak dalam peti sejuk dan biarkan sejam.
- dah tu, canaikan senipis yg mungkin (dalam 1/8 inci) dan terapkan la dgn acuan bentuk
chenta.. cucuk2 dgn garfu diatasnya spy nampak lebih menarik
- bakar dalam oven selama lebih kurang 12-15 min dgn suhu 350F.
Kalo dah masak, kuarkan dari oven dan biarkan sejuk seketika
- letak aiskrim atas biskut dan lapiskan dgn satu lagi biskut diatasnya.
Biskut boleh disimpan dlm freezer selama 3-4 hari kalo anda nak buat byk.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biskut D'Chessy


Bahan-bahannya :

9 oz (255 gram) mentega, dilembutkan pada suhu bilik
8 oz (227 gram) gula halus
13 oz (368 gram) tepung gandum
1 biji telur
1 kotak (250 gram) keju cheddar, disagat halus
sedikit pewarna kuning
sedikit esen vanilla


Cara Membuatnya :

- Pukul mentega dan gula halus menggunakan hand whisk sehingga ia kembang.
- Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan juga esen vanilla dan pewarna kuning.
- Masukkan keju yang telah disagut halus. Gaul sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung dan gaul rata.

- Adunan biskut ini memang lembik dan harus dipipekan menggunakan bentuk semperit
sikat, daun ataupun bentuk lain menggunakan pesawah.
- Bakar biskut menggunakan suhu 170’C sehingga biskut masak dan tukar kekuningan.
 - Nota: Keju hendaklah disagat menggunakan sagat yang halus, kalau tidak nanti susah nak
bentukkan biskut. Adunan resipi ini memang lembik, JANGAN anda tambahkan tepung. Adunan
tidak sesuai untuk dicanai dan diterap. Jarakkan biskut di atas loyang pembakar. Bila dibakar
ia akan kembang sedikit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biskut Bebola Flinestone


Bahan-bahannya :

350 gram tepung gandum
120 gram tepung kastad
225 gram mentega
120 gram gula perang (yg halus) kalau kasar kisar dahulu.
2 biji kuning telur
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat.

Kacang untuk inti :

Boleh guna kacang tanah,hazel atau badam.Panngang kacang terlebih dahulu.
Coklat masakan
Coklat putih
Sedikit lemak sayur


Cara Membuatnya :

- Ayak tepung gandum, tepung kastad, baking powder dan soda bikarbonat.Ketepikan.
- Pukul gula perang dan mentega hingga kembang.
- Masukkan kuning telur , golden syrup dan esen vanilla,kacau sedikit.
- Masukkan campuran tepung dan uli hingga rata.Bentukkan menjadi bulat kecil-kecil.Isikan
inti kacang ke dalamnya.Buat hingga habis.Letakkan ke atas baking paper.
- Bakar dalam oven hingga masak.
- Cairkan coklat masakan secara double boiler.
- Masukkan sedikit lemak sayur.Kacau hingga ia cair, kemudian alihkan dari dapur.
- Celup biskut ke dalam coklat cair tadi.Celup bahagian atasnya sahaja.
Bahagian tapak tak perlu celup. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik.
- Cairkan pula coklat putih secara double boiler.Masukkan sedikit lemak sayur.Setelah
cair,masukkan coklat putih ke dalam piping bag.Corakkan ke atas biskut.
- Boleh juga gantikan coklat putih dengan manik atau decorative sugar,tapi pastikan tabur
semasa coklat masakan masih cair.
- Biskut ini boleh juga jika tak letak dalam mangkuk kertas.Simpan dalam bekas kedap udara.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biskut Ice Cream


Bahan-bahan :

130gm mentega
60gm gula aising
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm tepung kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu teh serbuk penaik
20gm serbuk badam
Topping coklat, yang telah dicairkan dengan sedikit minyak
butiran permata, sebagai hiasan

Cara Membuatnya : 

- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian campurkan tepung-tepung yang
telah diayak bersama dengna serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga
menjadi.
- Canai dan kemudian gelek dengan penggelek gerigi dan teram dengan acuan ais
krim. Atur diatas loyang pembakar.
- Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180 C sehingga ia masak.
- Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat
tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biskut Tepung Jagung


Bahan-Bahannya : 

2.5 cawan tepung di ayak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1.5 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh buah pala
3/4 cawan mentega
1/2 cawan gula
1 cawan gula timbang
2 biji telur
1/4 cawan susu
3 cawan oat
1 cawan kismis cincang

Cara Membuatnya :

Masa memasak = 12 - 15 minit
Oven = 375 F

- Ayak 5 bahan pertama.
- Campurkan gula,mentega,telur & susu.
- Gaul hingga sebati.
- Masukkan oat & kismis.
- Sejukkan sebelum dicanai,diterap & dibakar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biskut Coklat Kacang

Bahan-Bahannya :

6 oz coklat
2/3 cawan susu pekat
1 cawan oat
1/8 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
36 biji badam

Cara Membuatnya :

- Cairkan coklat, masukkan bahan lain dan kacau hingga sebati.
- Gunakan sudu atur adunan di tin pembakar.
- Hiaskan dengan badam dan sejukkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biskut Halia


Bahan-Bahannya :

Sukatan Metrik :
3 sudu meja golden sirap
85g gula halus
75g mentega
1 biji kulit oren diparut
85g tepung gandum & serbuk halia

Hiasan :
0.25 pint krim
50g kacang cincang

Sukatan Tradisi :
3 sudu meja golden sirap
3.5 oz gula halus
3 oz mentega
1 biji kulit oren diparut
3.5 oz tepung gandum & serbuk halia

Hiasan :
0.25 pint krim
2 oz kacang cincang

Cara Membuatnya :

Masa memasak = 12 minit
Oven = 180 C/350 F.Gas No : 4.

- Kacau sirap,gula,mentega,kulit limau di periuk kecil hingga sebati.
- Angkat periuk,masukkan tepung,serbuk halia & gaul rata.
- Sejukkan jika adunan terlalu cair.
- Bubuh adunan ke dlm tin pembakar,hiaskan dgn kacang cincang.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS